online counter

Friday, January 7, 2011

PROTON Hybrid 3 macam




Ok kali ni aku publish pic2 concept car dari Proton untuk tatapan kawan-kawan. Aku tak expert pun dalam dunia Auto ni , hanya sebagai pengguna biasa yang hanya tahu cantik dilihat dan sedap dipandu je. 
 
 

Ni pada yang tak tau lagi, perkenalkanlah Proton Emas yang merupakan kereta konsep pertama negara yang bakal menggunakan Teknologi Hybrid (elektrik dan petrol).  Maknanya ia akan menjimatkan minyak dan juga antara kereta yang mesra alam. 


Kereta konsep ni dah pun di pamerkan di Geneva International Motor show pada Mac 2010 dan KL International Motor Show baru-baru ni.. Designnya dilakukan oleh Italdesign Giugiaro sebuah syarikat dari Italy. Namun teknologi Hybrinya dibangunkan oleh pasukan PROTON sendiri.  



Kalau perempuan tengok design dia memang cair dan Proton Emas merupakan “Town Car” yang sangat praktikal digunakan di Bandar besar sebab dia bercirikan Eco Mobility Advanced Solutions. Walaupun sedikit terlambat, Emas tetap menjadi satu titik peralihan industri automotif negara, bagi yang berminat tu kena sabaq na… harga pun belum tau…













Sumber: PROTON 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
wordpress hosting